Liga Super: PDRM Selesa Tewaskan Kelantan United
Liga Super
PDRM FC
Advertisements

PDRM ceria mencipta kemenangan kedua dalam Liga Super musim ini dengan mengalahkan Kelantan United 2-0 di Stadium MBPJ hari ini.

Separuh masa pertama menyaksikan anak-anak buah Tomas Trucha berusaha mencari gol pendahuluan. Tetapi Sang Saka Biru yang dibimbing Azzmi Aziz membuka tirai jaringan menerusi Dzulfahmi Ab Hadi pada minit ke-10.

Penjaga gol Kijang Hijau, Asyraaf Omar berjaya menafikan percubaan awal bekas penyerang Sarawak, Uche Agba. Tetapi percubaan susulan oleh Dzulfahmi memastikan The Cops mendahului pasukan pelawat.

Advertisements

Kedudukan tuan rumah semakin kukuh apabila Agba kemudiannya dijatuhkan Asyraaf dalam kotak penalti pada minit ke-33. Agba mudah menyempurnakan penalti bagi meletakkan PDRM selesa mendahului 2-0 seminit selepas itu. Kedudukan 2-0 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, Kelantan United berusaha memperkemaskan rentak permainan mereka. Tetapi pelawat bernasib baik apabila tuan rumah tidak dianugerahkan sepakan penalti susulan kekasaran Asyraaf terhadap Agba pada minit ke-63.

Jentera serangan Kijang Hijau yang diketuai Devid Silva buntu tanpa sentuhan penyudah. Malah, dua tandukannya pada minit ke-82 terkena palang gawang PDRM sebanyak dua kali sebelum dikeluarkan oleh pertahanan tuan rumah.

Advertisements

Kelantan United berusaha merapatkan kedudukan tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Kemenangan ini membantu Sang Saka Biru memintas Perak ke tangga keenam liga dengan Kelantan United pula terus menghuni tangga tercorot.

Dengan liga berehat seketika selama dua minggu, perlawanan seterusnya bagi PDRM ialah menentang Kuching City pada 1 April. Manakala anak-anak buah Trucha pula menentang Terengganu pada 31 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram