Kelantan meneruskan rentak kekalahan apabila tewas besar kepada pasukan Perak dengan jaringan 8-0 dalam saingan Liga Super.
Perak membuka jaringan menerusi penyerang Luka Milunovic pada minit ke-14 permainan.
Bekas pemain Kelantan, Wan Zack Haikal pantas menjaringkan gol kedua hasil bola muntah penjaga gol Kelantan selepas 3 minit jaringan pertama Perak.
Luka Milunovic sekali lagi mencetak nama selaku penjaring apabila mennyumbat gol ketiga Perak pada minit ke-25.
Malam gemilang buat pemain Serbia ini apabila beliau meraih hatrik seawal minit ke-33 permainan yang turut merupakan gol keempat pasukan.
Aksi serba tidak kena daripada pemain Kelantan apabila giliran Shivan Pillay pula menjaringkan gol sewaktu perlawanan memasuki minit ke-36.
4 minit setelah bersambung babak kedua, Seo Seonung mudah menewaskan penjaga gol Irfan Haikal untuk menyempurnakan sepakan penalti.
Seo Seonung sekali lagi membolosi gawang gol Kelantan untuk gol ketujuh Perak malam ini pada minit ke-66.
Perak terus kenduri gol apabila gol kelapan hadir pada minit ke-83 permainan menerusi kapten pasukan Luciano Guaycochea yang menerima hantaran daripada Shafizi Iqmal.
Tamat perlawanan, Perak menang besar 8-0 ke atas Kelantan dan kini Kelantan jatuh ke tangga tercorot liga manakala Perak naik ke tangga 9 liga.