Advertising
Liga Super: Rekod Pertembungan 10 Aksi Terakhir KL City vs Kedah
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan KL City FC yang akan berlangsung pada 14 September ini dijangka sengit.

Ini kerana berdasarkan rekod pertemuan lalu, kedua-dua pasukan masing-masing mengumpul lima kemenangan daripada 10 aksi sebelumnya mengikut data Transfermarkt.

Ad

Sang Kenari yang dibimbing Nafuzi Zain berharap dapat meneruskan rentak kemenangan yang dicipta pada 2023. Kedah menewaskan The City Boys 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 30 September 2023.

Ad

Jaringan tunggal Kedah disumbang menerusi penalti penjaring terbanyak mereka pada ketika itu, Ifedayo Olusegun.

KL City berharap dapat mengulangi kemenangan ke atas Kedah dalam aksi pada 27 Julai 2022. Pasukan Lembah Klang itu meraih kemenangan 2-1 menerusi dua gol Jordan Mintah.

Ad

Kedua-dua pasukan juga mahu menamatkan kemarau kemenangan yang dialami mereka ketika ini. Ini kerana kedua-duanya belum merekodkan sebarang kemenangan selepas dua perlawanan terakhir.

Ad

The City Boys tewas dua kali kepada Terengganu FC dan PDRM FC. Manakala Sang Kenari pula dibelasah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sebelum diikat 2-2 dengan Negeri Sembilan FC.

Ad

Dengan kedua-dua pasukan turut dibelenggu masalah dalaman, kemenangan dilihat dapat memberi rangsangan motivasi tambahan buat kedua-dua pasukan.