Liga Super: Sabah Berpesta Gol Tewaskan Kelantan
Liga Super
MakanBola
Sabah FC
Advertisements

Satu perlawanan tertunda Liga Super telah berlangsung malam ini iaitu di antara Kelantan FC dan Sabah FC. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium UITM Shah Alam itu menyaksikan Sabah menang besar 7-0 ke atas Kelantan.

Aksi dimulakan dengan Sabah berjaya menguasai perlawanan namun tiada percubaan merbahaya dapat dihasilkan mereka untuk tempoh 20 minit pertama.

Advertisements

Jafri Firdaus Chew akhirnya berjaya memecah kebuntuan Sabah apabila berjaya meledak melalui sepakan penalti pada minit ke-25. Penalti itu dihadiahkan selepas kekasaran dikesan terhadap Telmo di kotak penalti. Sabah di hadapan 1-0.

Kedudukan hanya bertahan selama empat minit sahaja. Ini selepas Farhan Roslan menggandakan kedudukan buat Sabah pada minit ke-29 selepas kelam kabut di hadapan gol Kelantan.

Advertisements

Sabah terus mengganas apabila Rizal Ghazali mengubah kedudukan menjadi 3-0 memihak Sabah selepas pemain kelahiran Kedah itu berjaya meledak melalui satu rembatan leret yang sama sekali menewaskan Irfan Haikal di gawang Kelantan.

Kedudukan 3-0 itu kekal sehingga waktu rehat separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, pesta gol Sabah berterusan selepas Irfan Fazail berjaya mencipta nama sebagai penjaring keempat Sabah pada minit ke-56 melalui rembatan deras dari luar kotak penalti.

Advertisements

Kelantan terus dihukum dengan Telmo Castanheira meledak pada minit ke-68 selepas menyambar hantaran pendek dari R. Dinesh dari sayap kiri. Sabah di hadapan 5-0.

Sabah hanya memerlukan dua minit untuk menambah jaringan keenam mereka. Kali ini melalui pemain gantian, Ramon Machado yang menyudahkan umpanan daripada S. Kumaahran.

Advertisements

S. Kumaahran menyudahkan malam cemerlang Sabah dengan jaringan ketujuh Sabah pada minit ke-89 melalui tandukan menarik dari jarak dekat.

Kedudukan 7-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan. Dengan kemenangan ini, Sabah berjaya naik satu anak tangga ke kedudukan keempat Liga Super. Manakala Kelantan kekal di tangga tercorot liga.

Advertisements

Sabah akan meneruskan aksi Liga Super dengan bakal menentang Terengganu FC pada 24 November. Manakala Kelantan bakal melayan kunjungan Kedah Darul Aman FC pada 26 November.

News Comments Account