Liga Super: Selangor FC Berpesta Gol Di Tempat Lawan
Dunia
Instagram: @selangorfc
Advertisements

Liga Super Malaysia minggu ke-21 menyaksikan pertembungan di antara Sabah FC menentang Selangor FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah. 

Selangor FC yang turun dengan formasi 4-1-4-1 dilihat memperagakan aksi cemerlang dalam perlawanan.

Selangor FC bermula garang apabila Ifedayo Olesugon berjaya melakukan satu rembatan deras seawal minit ke-6 permainan setelah menerima hantaran cantik daripada Mukhairi Ajmal. Malangnya rembatan Ifedayo itu ditepis keluar penjaga gol Sabah FC. 

Advertisements

Kesilapan pemain Sabah FC pada minit ke-22 permainan telah membuka ruang buat pasukan pelawat menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi Ifedayo. Gol tersebut berpunca daripada kecuaian Azizan Nordin yang menghantar bola kebelakang pantas dihukum Ifedayo. 

Tidak sampai 2 minit selepas gol pertama dijaringkan, Ifedayo Olesugon sekali lagi menggegar gawang Sabah FC. ‘Chip’ menarik Ifedayo menjadikan beliau sebagai penjaring gol terbanyak Liga Super sepanjang musim dengan 24 gol ketika ini. 

Selangor FC terus merencanakan asakan dengan rembatan dari luar kotak penalti menerusi Mukhairi Ajmal dan tindakan susulan oleh Syahmi Safari pada minit ke-41 permainan. Namun rembatan deras kedua-dua pemain itu digagalkan Robson Rendy yang cemerlang menafikan hajat Selangor FC menambah jaringan.

Advertisements

Walau bagaimanapun sebelum tamat babak pertama perlawanan, larian solo Mukhairi Ajmal yang memperdaya dua orang pertahanan Sabah FC membuahkan hasil, apabila sepakan padu Mukhairi berjaya menewaskan Robson Rendy sekaligus menambah gol ketiga buat Selangor FC.

Selangor FC dilihat kukuh untuk membawa pulang tiga mata penuh dalam perlawanan malam ini. Separuh masa pertama tamat, Sabah FC 0-3 Selangor FC. 

Bersambung babak kedua permainan, pemain gantian Selangor FC, Norhakim Hassan terus menghukum Sabah FC dengan jaringan keempat buat pasukan.

Advertisements

Skuad The Red Giant terus merencanakan asakan pada minit ke-56 permainan. Akan tetapi, ‘placing’ cantik Ifedayo ditepis keluar Robson Rendy.

Pasukan tuan rumah mendapat peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan pada minit ke-58 apabila Khairul Azhan dilihat sudahpun tertewas. Tuah tidak bersama Sabah apabila percubaan Alto Linus terkena tiang manakala rembatan susulan Amri Yahyah turut terkena tiang.

Pada minit ke-75 permainan, penyerang muda Selangor FC, Ahmad Danial Asri berjaya mencetak nama sebagai penjaring apabila melunaskan peluang yang terhidang. Jaringan tersebut merupakan gol ketiga peribadi Danial dalam saingan musim ini.

Advertisements

Penyerang import Selangor FC, Ifedayo Olesugon berjaya mencatat ‘hatrick’ pada minit ke-88 permainan sekaligus memastikan kemenangan buat Selangor FC. Jaringan tersebut merupakan jaringan ke-25 Ifedayo dalam musim ini.

Sabah FC terus kecewa dengan kekalahan kali keempat berturut-turut ini sementara Selangor FC berjaya mengekalkan rekod enam perlawanan tanpa kalah.

Perlawanan tamat Sabah FC 0-6 Selangor FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram