Ads
Liga Super

Aksi Liga Super 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Selangor dan Kelantan United. 

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ Kelana Jaya menyaksikan anak buah kendalian Tan Cheng Hoe berjaya mengutip tiga mata apabila menewaskan Kelantan United dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Jaringan pembukaan terhasil pada minit ke-40 permainan menerusi pertahanan import Selangor, Yazan Al-Arab. Yazan memanfaatkan hantaran sepakan penjuru dari Faisal Halim dengan satu tandukan kencang ke gawang lawan. 

Advertisements

Advertisements

Babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung aksi separuh masa kedua, Selangor terus ghairah melancarkan asakan ke kubu pasukan pelawat.

Advertisements

Beberapa pertukaran dilakukan Tan Cheng Hoe dengan memasukkan tonggak muda Selangor, Mukhairi Ajmal dan Alif Izwan Yuswan. Kemasukan mereka telah mengubah transisi permainan Selangor yang dilihat menyerang dari bahagian sebelah sayap.

Banyak percubaan berjaya dilepaskan Selangor namun skuad The Red Giant masih gagal mendapatkan jaringan tambahan.

Empat minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan. Selangor memulakan kempen dengan langkah kanan dalam saingan Liga Super musim ini selepas menundukkan Kelantan United, 1-0.

Advertisements

Gergasi Merah Kuning bakal berdepan cabaran pasukan Kuching City dalam aksi seterusnya pada Khamis depan sementara Kelantan United pula akan menentang pasukan Sabah pada Rabu, 1 Mac 2023 di Stadium Likas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram