Liga Super: Selangor Mudah Jinakkan Penang Di Kelana Jaya
Dunia
Unifi
Advertisements

Aksi tertunda Liga Super ini menemukan tuan rumah, Selangor FC yang melayan kunjungan Penang FC. Perlawanan berkesudahan kemenangan berpihak kepada Selangor FC yang menewaskan Penang FC dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya sebentar tadi.

Gol Selangor dijaringkan oleh Shahrel Fikri dan Syahir Bashah.

Perlawanan dimulakan dengan seimbang dengan kedua-dua pasukan cuba menguasai bahagian tengah untuk mengawal penguasaan bola.

Advertisements

Peluang keemasan Selangor hadir pada minit ke-17 melalui Quentin Cheng. Pergerakan yang dimulakan oleh Herlison Caion berjaya mencari Quentin namun rembatannya berjaya diselamatkan pertahanan Penang.

Perlawanan dilihat lebih dikuasai oleh Selangor dan para pemain Penang dilihat bergelut untuk melancarkan serangan dengan tiada percubaan merbahaya dapat dilakukan.

Caion berpeluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-28 melalui sepakan gunting namun sepakannya berjaya diselamatkan Hafizul Hakim di gawang Penang.

Advertisements

Aksi separuh pertama akhirnya ditamatkan dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Selangor meneruskan penguasaan bola dengan Penang dilihat lebih fokus untuk bertahan.

Hilal El-Helwe hampir memberikan pendahuluan buat Penang pada minit ke-50 namun rembatan derasnya sedikit tersasar.

Advertisements

Penang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Sukri Hamid dibuang padang gara-gara menerima kad kuning kedua sekaligus dilayangkan kad merah.

Selangor menggunakan kesempatan beraksi dengan kelebihan seorang pemain apabila pada minit ke-73 Shahrel Fikri berjaya menyudahkan hantaran lolos dari Agyarkwa untuk memberikan gol pertama buat Selangor.

Selangor meneruskan gerak serangan dan hasilnya pemain gantian, Syahir Bashah meledak pada minit ke-79 melalui rembatan dari luar kotak penalti sekaligus menjadikan kedudukan 2-0 memihak Selangor.

Advertisements

Selepas terhasilnya gol tersebut, Selangor memperlahankan rentak permainan dengan saling bertukar-tukar hantaran pendek dan Penang jelas sekali terkesan beraksi dengan kekurangan seorang pemain apabila mereka hanya mampu bertahan.

Wisel penamat akhirnya ditiup dan kemenangan menjadi milik Selangor dengan keputusan 2-0 menewaskan Penang. Kemenangan ini membolehkan Selangor naik satu anak tangga ke kedudukan ke-5 Liga Super manakala Penang mengekalkan kedudukan tercorot liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram