Liga Super: Sri Pahang ‘Tawan’ Kelantan United Di Kota Bharu
Liga Super
Sri Pahang
Advertisements

Aksi Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Kelantan United dan Sri Pahang.

Seawal minit kesembilan permainan, Sri Pahang membuka akaun jaringan menerusi pertahanan kanan, Azrif Nasrulhaq. Azrif melepaskan satu percubaan kencang dari luar kotak penalti dan rembatan tersebut gagal diselamatkan penjaga gol Kelantan United, Ilham Amirullah.

Pada minit ke-22 permainan, giliran penyerang kebangsaan Sergio Aguero meledak. Beliau memanfaatkan hantaran daripada Kpah Sherman dengan satu rembatan yang terus menggegar jaring pasukan tuan rumah.

Advertisements

Empat minit selepas itu, gandingan Kpah dan Aguero sekali lagi menjadi. Aguero menjaringkan gol ketiga buat Sri Pahang menerusi percubaan daripada penjuru kanan padang.

Sebelum tamat babak pertama perlawanan, Kelantan United berjaya menembusi gawang Sri Pahang menerusi tandukan Syazwan Zainon. Bagaimanapun jaringan tersebut dibatalkan pengadil.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat, Kelantan United 0-3 Sri Pahang.

Bersambung babak kedua permainan, Kelantan United terus melancarkan serangan ke kubu pasukan pelawat untuk mencari gol pertama pasukan. Beberapa percubaan dan tandukan yang dilepaskan penyerang Kelantan United bagaimanapun tetap gagal menerjah jaring.

Advertisements

Pada minit ke-67 permainan, giliran penyerang import Sri Pahang, Kpah Sherman mencatat nama sebagai penjaring. Ledakan Kpah memastikan jaringan keempat milik Sri Pahang.

Sepuluh minit selepas itu, Kelantan United akhirnya membuka akaun jaringan menerusi pemain gantian, Royizzat Daud. Gerakan solo Royizzat disudahkan dengan percubaan kencang menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Sri Pahang.

Advertisements

Sebelum wisel penamat ditiupkan, pemian gantian, David Rowley menutup malam gemilang Sri Pahang dengan jaringan kelima buat Sri Pahang. Perlawanan tamat, Kelantan United 1-5 Sri Pahang.

Sri Pahang kini menghuni tangga kelima dalam saingan Liga Super 2023 dengan 40 mata berjaya dikumpul anak buah Fandi Ahmad sementara Kelantan United terpaksa berpuas hati kekal di tangga ke-12 liga.

Anak buah Fandi Ahmad bakal berdepan KL City dalam aksi suku akhir Piala Malaysia pada 15 September kelak di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram