Liga Super: Sri Pahang Buat Kedah ‘Tertomoih’
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Aksi Liga Super ini menemukan Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Perlawanan berkesudahan kemenangan buat pasukan Sri Pahang dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Gol-gol Sri Pahang dijaringkan oleh Steven Rodriguez (2 gol).

Kedah bermula garang apabila seawal minit ke-3 perlawanan mereka hampir di depan melalui Ronald Ngah namun tandukan penyerang itu tidak tepat ke sasaran.

Advertisements

Malik Mat Ariff juga mempunyai peluang pada minit ke-4 namun rembatan beliau lemah dan berjaya diselamatkan oleh Ifwat Akmal di gawang Kedah.

Pada minit ke-24, Manuel Hidalgo mempunyai peluang keemasan namun percubaan pemain sayap lincah Sri Pahang itu hanya lalu di hadapan gol tanpa dapat disentuh mana-mana pemain.

Selepas beberapa siri serangan, Sri Pahang akhirnya berada di depan pada minit ke-32 hasil dari penyudah menarik Steven Rodriguez yang membuat cip sekaligus menewaskan Ifwat Akmal. Sri Pahang mendahului perlawanan 1-0.

Advertisements

Serangan Sri Pahang tidak terhenti di situ apabila Rodriguez hampir menambah jaringan namun percubaan jarak dekat beliau pada minit ke-45 berjaya dikeluarkan oleh Rodney Celvin.

Separuh masa pertama akhirnya ditamatkan dengan kedudukan kekal memihak Sri Pahang yang mendahului pasukan Kedah dengan kedudukan 1-0.

Bersambung babak kedua, Kedah melakukan pertukaran dengan membawa masuk Fazrul Danel untuk menggantikan Khairu Azrin.

Advertisements

Ronald Ngah berpeluang untuk menyamakan kedudukan minit ke-52 namun beliau gagal menanduk hantaran dari Al-Mardi dengan baik apabila tandukannya sedikit saja tersasar.

Hujan turun dengan agak lebat dan ianya sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan dengan beberapa orang pemain sudah mula tergelincir dek kerana padang yang becak.

Pada minit ke-65, Fayadh Zulkifli mempunyai peluang keemasan namun situasi satu lawan satu dengan Samassa tidak berjaya disudahkan apabila Samassa lebih pantas menyelamatkan gawang.

Advertisements

Sri Pahang akhirnya berjaya menambah duka buat Kedah selepas pada minit ke-67, Steven Rodriguez sekali lagi berjaya meledak. Gol itu terhasil bermula dari percubaan Hidalgo yang berjaya ditepis Ifwat namun bola jatuh dihadapan Rodriguez. Penyerang berbisa itu tidak mempersiakan peluang dengan merembat deras untuk menggandakan kedudukan menjadi 2-0.

Sri Pahang terus melancarkan serangan ke kubu Kedah dengan Kevin Ingreso mempunyai peluang keemasan untuk menggandakan kedudukan pada minit ke-79 namun rembatan derasnya terkena palang.

Al-Mardi mempunyai peluang keemasan pada minit ke-86 namun rembatan deras beliau dari luar kotak penalti sedikit saja tersasar ke kiri gawang Sri Pahang.

Kedudukan kekal 2-0 memihak Sri Pahang sehingga wisel penamat ditiupkan. Kemenangan ini membolehkan Sri Pahang naik ke tangga ke-9 Liga Super manakala Kedah pula jatuh ke tangga ke-6 liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram