Liga Super: Terengganu Gigit Jari Tewas Di Tangan JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi keempat saingan Liga Super 2022 hari ini menyaksikan pertembungan di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan Terengganu FC.

Babak separuh masa pertama bermula rancak setelah kedua-dua pasukan saling mengasak. Anak buah Benjamin Mora bermula garang mencetak jaringan pertama perlawanan.

Seawal minit ketujuh permainan, Bergson Da Silva berjaya mencatat nama sebagai penjaring setelah memanfaatkan hantaran lintang daripada Corbin Ong. Tandukan padu Bergson gagal diselamatkan penjaga gol Terengganu, Rahadi Azli.

Advertisements

Pada minit ke-31 permainan, pemain import Terengganu FC, Kpah Sherman berjaya menjaringkan gol buat pasukan pelawat. Bola muntah hasil tangkapan kurang kemas daripada Farizal telah disudahkan dengan baik oleh Kpah.

Tersentak dengan jaringan tersebut, JDT tidak tunggu lama untuk kembali mendahului. Tandukan berbisa menerusi Bergson Da Silva telah meletakkan JDT mendahului 2-1 dihadapan.

Separuh masa pertama tamat dengan Johor Darul Ta’zim mendahului 2-1 dihadapan.

Advertisements

Babak separuh masa kedua permainan bermula rancak setelah kedua-dua pasukan dilihat ghairah dalam mencari jaringan. Pasukan tuan rumah dilihat lebih banyak mengusai permainan dan mengatur serangan.

Beberapa kali penyerang JDT mendapat peluang keemasan untuk menambah jaringan, namun ketangkasan yang ditampilkan Rahadi Azli telah menggagalkan hasrat buat JDT berpesta jaringan.

Tiga minit masa tambahan yang diberikan pengadil tidak mengubah keputusan perlawanan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim meletakkan JDT kekal di pendahulu liga setelah menewaskan Terengganu dengan keputusan 2-1.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram