Liga Super: Terengganu Mantap Belasah Kelantan United
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu FC membuktikan status mereka sebagai pasukan pilihan apabila membelasah Kelantan United FC 4-1 dalam aksi derby Pantai Timur di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini.

Selepas berjaya meraih kemenangan ke atas KL Rovers dalam aksi Piala Malaysia, skuad Peteh berharap dapat mengakhiri kemarau tiga perlawanan tanpa kemenangan dalam liga.

Kali terakhir Terengganu FC meraih kemenangan dalam Liga Super ialah ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC di gelanggang sendiri pada 3 Julai lalu.

Advertisements

Bagaimanapun, mereka hampir memulakan babak pertama dengan langkah kiri pada minit keempat apabila hantaran ke belakang Safwan Mazlan gagal diterima penjaga gol, Suhaimi Husin.

Bola tersebut hampir saja meleret masuk ke gawang Terengganu FC jika tidak kerana tindakan pantas Suhaimi menampan bola keluar.

Advertisements

Skuad Penyu akhirnya meraih gol pembukaan menerusi sepakan penalti Ivan Mamut pada minit ke-29. Ini selepas pengadil mengesan bola sepakan Sony Norde terkena tangan pemain pertahanan Kijang Hijau, Hafiy Haikal Ismail dalam kotak penalti.

Mamut tenang menyempurnakan penalti menewaskan penjaga gol Shahril Saari untuk gol ketujuhnya dalam Liga Super.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memasukkan beberapa pemain bagi menambah sengat di bahagian serangan.

Percaturan Steinbruckner berhasil apabila Norde menyudahkan hantaran Engku Shakir Engku Yaacob pada minit ke-73 sekaligus menggandakan kelebihan pelawat.

Advertisements

Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim memastikan kemenangan skuad Penyu menerusi sepakan lencong pada minit ke-84. Gol saguhati tuan rumah dijaringkan Ismaheel Akinade seminit selepas itu.

Derita Kelantan United FC terus bertambah apabila pemain gantian, Hakimi Abdullah menyumbat gol kedua peribadinya pada minit akhir perlawanan.

Kemenangan ini membolehkan Terengganu FC memintas KL City FC ke tangga keenam liga dengan 29 mata berbanding The City Boys (28 mata). Manakala Kelantan United FC kekal di tangga ke-12 liga dengan lapan mata.

Skuad Peteh berharap dapat mengejar Sabah FC yang menduduki tangga kelima liga dengan mendapatkan kemenangan ke atas Kelantan FC pada 14 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram