Liga Super: Terengganu & Negeri Sembilan Sama-Sama Kuat

Terengganu Negeri Sembilan Liga Super: Terengganu & Negeri Sembilan Sama-Sama Kuat
Foto: Terengganu FC
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Aksi tertunda LS2 diteruskan dengan pertembungan melibatkan pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan sekadar meraih keputusan seri.

Separuh masa pertama bermula dengan perlawanan lebih didominasi oleh pasukan Terengganu tatkala banyak serangan ke kubu lawan direncanakan. Pemain import Terengganu, Kpah Sherman serta Tchetche Kipre miliki beberapa peluang untuk meledak namun tidak percubaan masing-masing tidak menatijahkan kepada jaringan. 

Advertisements

Negeri Sembilan di bawah kendalian K. Devan pula dilihat masih mencari rentak untuk merencanakan serangan sementara kubu pertahanan Skuad Jang begitu disiplin ketika bertahan. Gandingan Khuzaimi Piee, Herold Goulan dan Nasrullah Haniff acap kali menggagalkan serangan pasukan Terengganu apabila banyak offside trap berjaya dihasilkan. 

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan. Terengganu 0-0 Negeri Sembilan.

Advertisements

Babak kedua bermula dengan persembahan bertenaga diteruskan kedua-dua pasukan.

Anak buah Nafuzi Zain dilihat lebih selesa menyerang. Banyak percubaan dihasilkan penyeranh Terengganu namun kelibat penjaga gol Negeri Sembilan, Syihan Azmi lebih tangkas menutup ruang buat Terengganu meledak.

Advertisements

Dua pertukaran dibuat pasukan tuan rumah dengan memasukkan Zuasyraf dan Syafik Ismail sementara K. Devan memasukkan Khair Jones,Hariz dan Zulkhairi. Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan juga terhasil.

Empat minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan. Perlawanan tamat, Terengganu 0-0 Negeri Sembilan.  

Advertisements