Liga Super: Terengganu Tumbangkan KL City
Dunia
KL City
Advertisements

Aksi Liga Super hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Terengganu dan KL City. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan pasukan Terengganu meraih tiga mata menewaskan KL City.

Pasukan tuan rumah di bawah kendalian Nafuzi Zain turun dengan formasi 4-3-3 yang mempertaruhkan gandingan Tchetche Kipre, Manuel Ott dan Kpah Sherman di bahagian serangan sementara KL City mempertaruhkan formasi 4-4-2 meletakkan Kevin Koubemba dan Paulo Josue sebagai penyerang.

Babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah lebih mendominasi permainan tatkala banyak serangan ke gawang KL City berjaya dihasilkan. Bagaimanapun, ketangkasan penjaga gol dari Filipina, Kevin Ray Mendoza telah menggagalkan ruang dan peluang untuk pasukan Terengganu meledak.

Advertisements

KL City sesekali turut berjaya melepasi kawalan benteng Terengganu FC. Ketua pasukan, Paulo Josue berjaya menatijahkan hantaran Zhafri Yahya ke arah gawang. Namun jaringan itu telah dibatalkan kerana pengadil perlawanan mengesan beliau berada dalam kedudukan offside

Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Babak kedua permainan bermula dengan serangan digandakan pasukan tuan rumah yang hadir memberi asakan dari sebelah kiri dan kanan padang. Kepantasan serta kelincihan yang dimiliki Faisal Halim telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pasukan Terengganu dalam mencorakkan asakan melalui bahagian sayap.

Advertisements

Beberapa pertukaran yang dilakukan oleh Nafuzi Zain turut membuahkan hasil. Kemasukan pemain seperti Nik Sharif jelas memberi tekanan tambahan kepada benteng pertahanan KL City.

Kekebalan benteng KL City akhirnya musnah pada minit ke-74 permainan setelah pemain tengah sensasi, Habib Haroon merembat kencang dari luar kotak penalti. Rembatan itu cantik meluru masuk menewaskan Kevin Ray Mendoza, sekaligus membuka akaun jaringan di Gong Badak.  

Tidak cukup dengan itu, Terengganu sekali lagi hadir bagi menambah derita buat KL City. Kali ini, pasukan Terengganu tampil menerusi Manuel Ott yang melakukan percubaan deras. Percubaan Ott itu akhirnya menatijahkan kepada jaringan. Ledakan itu sekaligus menyukarkan kebangkitan buat pasukan KL City.

Advertisements

Empat minit masa tambahan yang diberikan pengadil tidak mengubah keputusan perlawanan. Anak buah Nafuzi Zain, menang bergaya menewaskan KL City dengan keputusan 2-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram