Lihat Cara Jose Mourinho Tunai Impian Besar Kanak-Kanak Roma
Inspirasi
AS Roma
Advertisements

Kesungguhan pengurus AS Roma, Jose Mourinho menunaikan impian peminat-peminat cilik kelab itu melihat mereka berlatih menarik perhatian ramai.

Perbuatan bekas pengurus Manchester United itu didorong oleh satu kisah yang dikongsikan pemain muda Giallorossi, Francesco D’Alessio kepada beliau.

“Pada musim panas, sebelum kanak-kanak kembali ke sekolah, kita sedang berlatih dan ramai kanak-kanak di luar Trigoria (pusat latihan Roma) menjerit kerana mereka mahu masuk dan melihat kita berlatih.

Advertisements

“Beliau (D’Alessio) ada bersama kita dan berkata, ‘Masa saya berusia 7, 8, 9 tahun, saya berada di luar sana menjerit kerana saya mahu masuk. Tiada jurulatih yang membuka pintu pagar untuk saya masuk.’

“Saya gembira untuk mereka kerana saya buka pintu pagar dan benarkan mereka masuk. Dan sekarang beliau (D’Alessio) bermain untuk (AS) Roma, dalam Liga Europa, di (Stadium) Olimpico (dan) di hadapan 50,000-60,000 penonton bersama keluarganya,” katanya kepada saluran media rasmi kelab.

D’Alessio membuat penampilan debut buat Giallorossi untuk perlawanan Liga Europa menentang Servette awal pagi tadi.

Advertisements

Tindakan pengurus berdarah Portugal itu pastinya dihargai oleh ramai peminat cilik kelab berkenaan. Ini kerana ini bukan saja Mourinho mengambil berat pembangunan akar umbi kelab berkenaan.

Malah, ini menunjukkan sikap penyayang dan terbuka beliau kepada kanak-kanak – satu sikap yang patut dicontohi ramai pihak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram