Ads
Dunia
The Star

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim antara sakah seorang nama yang dikaitkan untuk memimpin pasukan Perak FC musim hadapan.

Advertisements

Jurulatih berusia 54 tahun ini sebelum ini menjalankan tugas dengan cukup baik setelah berjaya mencungkil ramai bakat muda tempatan ketika bersama AMD.

Advertisements

Walau bagaimanapun, setelah kontraknya tamat, beliau telah pun pulang ke Jerman untuk bersama keluarganya di sana.

Advertisements

Advertisements

Walau bagaimanapun, bekas jurulatih bawah 19 tahun Bayern Munich ini dikaitkan untuk mengisi jawatan sebagai ketua jurulatih Perak FC.

Menerusi satu kenyataan oleh wartawan TheStar, T. Avineshwaran, Lim Teong Kim merupakan antara calon yang hangat diperkatakan ketika ini.

Advertisements

Setelah beralih tampuk kepimpinan kelab, Perak FC kini semakin stabil dari semua sudut dan mula untuk membangunkan kelab secara menyeluruh.

Tatkala bakal berdepan saingan Liga Super musim hadapan, terdapat beberapa nama yang sudah dikaitkan untuk memimpin The Bos Gaurus antaranya ialah bekas jurulatih Harimau Malaya, K. Rajagobal dan juga Tan Cheng Hoe.

Advertisements

Sehingga kini, masih tiada pengumuman rasmi mengenai perkara ini sungguhpun usaha Perak untuk mengembalikan zaman kegemilangan pasukan berada pada kedudukan yang betul.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram