Lim Teong Kim: Pemain Tempatan Juga Ada Kualiti
Dunia
Perak FC
Advertisements

Tatkala sesetengah pasukan Liga Super berlumba-lumba mendapatkan pemain import, Perak pula hanya membawa masuk seorang pemain iaitu Christian Obiozor. Bagi jurulatih Datuk Lim Teong Kim, sebabnya mudah: pemain-pemain tempatan juga berkualiti.

Dengan peraturan sembilan pemain import untuk Liga Super musim ini, ini bakal menyaksikan lambakan pemain import. Ia dibimbangi boleh menjejaskan kualiti pemain-pemain yang akan dipanggil menyertai skuad kebangsaan yang dibimbing Kim Pan-gon.

“Bukan saja mereka (pemain-pemain muda) mudah dibentuk. Saya bukan setakat melihat bola sepak, bola sepak saja. Saya melihat bola sepak untuk masa depan pemain-pemain muda ini.

Advertisements

“Kerana jika semua kelab mengambil pemain import dan peluang ini tidak diberi kepada pemain-pemain muda, macam mana national team (pasukan kebangsaan) menjadi maju.

“Ini satu masalah dalam bola sepak bukan saja di Malaysia. Malah, England, Itali dan terbaru, Jerman juga bermasalah.

Advertisements

“Dan jika masalah ini tiada pelan untuk menyelesaikannya, ini akan berlaku selama-lamanya dan ia juga menjadi masalah pada masa akan datang.

“Masalah ini takkan selesai sampai bila-bila jikalau ada orang kata, pemain muda perlu diberi peluang juga,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 hari ini.

Advertisements

Tambah Teong Kim lagi, pemain-pemain tempatan juga berkualiti. Jika mereka diberi peluang sebaik mungkin, tidak mustahil pemain-pemain ini boleh beraksi pada tahap yang lebih tinggi.

“Pemain-pemain tempatan bukannya tak bagus. Tetapi pendidikan untuk mereka itu penting dan mereka perlu diberi peluang. Bila mereka diberi peluang, mereka harus bersaing.

Advertisements

“Soal latihan, mereka tidak harus menempuh latihan yang bersifat mudah. Tetapi mereka perlu melalui proses-proses (latihan) yang betul-betul baik untuk perkembangan bola sepak mereka.

“Jadi, hala tuju ini mesti ada. Mereka perlu sedar bahawa bola sepak bukan lagi seperti dulu, ia kini merupakan sumber pendapatan mereka. Mereka harus serius tentangnya.

“Jadi, dengan latihan yang betul dan pengurusan yang tepat daripada pengurusan kami (Perak), kita dapat letakkan mereka di landasan yang betul. Sekarang, kita hanya perlu tunggu keputusan,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram