Lion City Sailors Atur Dua Aksi Menentang JDT
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan handalan Singapura, Lion City Sailors mengatur dua aksi persahabatan menentang juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini diumumkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Lion City Sailors hari ini.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada bulan April 2024 ini merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan seberang tambak itu sebelum mengharungi aksi Singapore Premier League musim 2024/25 akan datang.

Advertisements

Aksi pertama akan berlangsung di gelanggang The Sailors pada 4 April 2024, Stadium Bishan pada jam 8:30 malam sebelum aksi kedua di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 April 2024.

Kedua-dua aksi ini diatur bagi mengeratkan hubungan antara dua kelab dengan kerjasama sudah pun berlangsung bagi aksi peringkat remaja sebelum ini.

Kapten Lion City Sailors, Hariss Harun percaya kedua-dua perlawanan itu akan membantu mereka dalam keadaan baik menjelang kempen 2024/25 yang panjang.

Advertisements

“Semua orang di rantau ini tahu tentang kualiti JDT, tetapi kami sedang membina sesuatu di Sailors juga.”

“Kami mahu menguji diri kami sendiri dan melihat bagaimana kami boleh bersaing dengan mereka,” kata pemain berusia 33 tahun itu, yang memenangi enam gelaran Liga Super bersama JDT antara 2014 hingga 2020.

Sebelum ini, JDT sudah pun mengatur aksi persahabatan menentang dua kelab Liga 1 Thailand, Police Tero dan Chonburi FC.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram