Ads
Transfer
Lion City Sailors

Kelab gergasi Singapura, Lions City Sailors terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pemain import termahal mereka kelahiran Brazil, Diego Lopes.

Advertisements

Melalui tinjauan di laman Transfermarkt, kontrak Diego Lopes bakal tamat pada 31 Disember dan pihak kelab tidak menyambung kontrak beliau.

Advertisements

Dalam satu muat naik di laman instagram rasmi kelab, Lions City Sailors telah mecoretkan ucapan terima kasih atas segala sumbangan Diego Lopes selama tiga tahun bersama kelab tersebut.

Advertisements

Advertisements

“Perancang Brazil kami akan meninggalkan Sailors pada penghujung tahun 2023 berikutan tamat kontrak tiga tahunnya, melengkapkan tempoh tiga tahun yang berjaya di mana dia memenangi setiap trofi utama dalam bola sepak Singapura,” coret pihak kelab dalam laman instagram rasmi mereka.

Selama tiga tahun bersama The Sailors, Diego Lopes sudah beraksi dalam 85 perlawanan dan berjaya meledak 31 gol. Pemain berusia 29 tahun itu juga cemerlang apabila turut menyumbang 32 bantuan gol dalam tempoh tiga tahun.

Advertisements

Untuk rekod, Diego Lopes hadir ke Lion City Sailors pada awal tahun 2021 dari kelab Portugal, Rio Ave dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar RM 9.2juta.

Selain Diego Lopes, Lion City Sailors juga mengambil keputusan untuk melepaskan tiga lagi pemain import mereka musim ini iaitu Super dan Pedro Henrique di bahagian pertahanan dan Kodai Tanaka di bahagian serangan.

Advertisements

Musim ini, Lion City Sailors mengakhiri saingan liga sebagai naib juara dengan menyaksikan Albirex Nigata Singapura berjaya mempertahankan kejuaraannya musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram