Lionel Messi Bantu Inter Miami Julang Trofi Pertama
Dunia
Inter Miami CF
Advertisements

Legenda Argentina, Lionel Messi menggondol trofi pertama bersama kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami dengan menewaskan Nashville SC dalam aksi final Leagues Cup 2023.

Selepas kedua-dua pasukan berjaya mengatasi lawan masing-masing di pentas separuh akhir, The Herons dan Boys In Gold mahu mencipta sejarah sebagai wakil MLS pertama menjulang trofi berkenaan.

Separuh masa pertama menyaksikan Inter terlebih dahulu di hadapan menerusi Messi pada minit ke-23. Bekas penyerang Barcelona itu melepaskan rembatan dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Nashville, Elliot Panicco.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Nashville berusaha menyamakan kedudukan dan berhasil melakukannya pada minit ke-57 menerusi tandukan Fafa Picault.

Messi hampir menambah gol kedua The Herons pada minit ke-70. Malangnya, percubaan beliau dari luar kotak penalti terkena tiang sebelum berjaya dikeluarkan pertahanan Boys In Gold.

Advertisements

Dengan keputusan 1-1 pada akhir perlawanan, pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti. Penjaga gol Drake Callender muncul wira dengan memastikan The Herons berjaya mengatasi Nashville 10-9 menerusi penentuan sepakan penalti.

Ini bukan saja menjadikan Leagues Cup sebagai trofi pertama yang dimenangi Messi sejak menyertai Inter pada bulan lepas. Ini juga trofi pertama kelab itu sejak dibentuk pada 2018.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram