Lionel Messi Diperli Kerana Sebiji Pizza
Dunia
Inter Miami CF
Advertisements

Gara-gara pizza yang dipesannya, legenda Argentina, Lionel Messi menjadi bahan ketawa di media sosial.

Messi terlepas perlawanan Inter Miami menentang Atlanta United dalam aksi Major League Soccer (MLS) baru-baru ini akibat kecederaan.

Kecederaan sama juga menjadi punca beliau terpaksa menarik diri daripada perlawanan Argentina menentang Bolivia semasa tempoh rehat antarabangsa.

Advertisements

Justeru, sebelum perlawanan berkenaan, Messi memesan pizza dari rangkaian restoran pizza terkenal di Miami iaitu Banchero. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada restoran berkenaan kerana menyajikan pizza yang menyelerakan.

Begitupun, sebaik melihat gambar pizza yang dinyatakan, ramai kurang bersetuju dengan selera beliau. Ini kerana bahagian atas pizza berkenaan mengandungi tomato, buah zaitun dan potongan bawang mentah.

Lebih malang, pizza ini menjadi subjek jenaka Atlanta United selepas mereka mengalahkan Inter 5-2.

Advertisements

Dalam satu hantaran di X, mereka memuatnaik gambar pizza berbentuk L dengan pesanan berbunyi, “Ini pizza anda untuk perjalanan ini.”

Kekalahan ini menyaksikan The Herons berada di tangga ke-14 Eastern Conference MLS dengan 28 mata daripada 27 perlawanan. Mereka perlu menang semua tujuh perlawanan jika berhasrat mara ke peringkat play-off.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram