Lionel Messi Mahu Terus Bermain Sebagai Juara Dunia
Piala Dunia
Ben Jacobs
Advertisements

Semalam, Lionel Messi merealisasikan impian Argentina menjulang Piala Dunia buat kali ketiga selepas penantian selama 36 tahun. Namun begitu, tatkala beberapa pemain veteran sudah mengucapkan selamat tinggal kepada karier antarabangsa mereka, legenda Barcelona itu berharap dapat terus bermain sebagai juara dunia.

Albiceleste menewaskan lawan mereka, Perancis menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3. Tetapi walaupun ada menganggap ini sebagai hadiah perpisahan terbaik buat Messi, penyerang PSG itu belum bersedia untuk bersara semasa ditemubual media pasca-perlawanan. Beliau berkata, “Tidak, saya takkan bersara daripada pasukan kebangsaan. Saya mahu terus menyarung jersi Argentina sebagai juara Piala Dunia.”

Dengan kenyataan tersebut, ini bermakna Messi mahu bermain di pentas Piala Dunia 2026 membabitkan tuan rumah Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada. Pada ketika itu, legenda Barca itu bakal mencecah usia 39 tahun. Jika itu berlaku, tidak mustahil beberapa rekod baru boleh dicipta Messi termasuk mengatasi rekod penjaring gol terbanyak Piala Dunia yang dipegang legenda Jerman, Miroslav Klose.

Advertisements

Tetapi jika itu yang dimahukan Messi, jurulatih Albiceleste Lionel Scaloni bersedia membantu merealisasikan impiannya. Dalam sidang media pasca-perlawanan, jurulatih berusia 44 tahun itu berkata, “Kami memerlukan beliau untuk berehat bagi membolehkannya beraksi di Piala Dunia 2026. Jika beliau mahu terus bermain, beliau akan terus bersama kami. Beliau berhak untuk menentukan apa yang terbaik untuk kariernya ketika ini.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram