Lionel Scaloni Ulas Tentang Teknik Lontaran Pratama Arhan
Dunia
Bola.Com/Bagaskara & Official KJTi
Advertisements

Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni tampil mengulas berkenaan pemain muda berbakat Indonesia, Pratama Arhan.

Pemain Tokyo Verdy, Pratama Arhan sememangnya memiliki keupayaan untuk melontar bola jarak jauh. Pengendali Argentina, Lionel Scaloni bagaimanapun tetap memuji sikap anak buahnya ketika berjaya menyekat lontaran yang dibuat Arhan. Memetik artikel daripada Bola.com, pengendali Argentina itu telah menjawab soalan yang telah diutarakan berkenaan Pratama Arhan.

“Soal lontaran Pratama Arhan, memang kami bermain dengan baik dan bertahan secara compact. Kami bermain dengan baik hingga dapat menghalang lontaran tersebut.”

Advertisements

“Tiada pemain Indonesia yang istimewa bagi saya,” ujar Lionel Scolani ketika sidang media pasca perlawanan.

Pada minit ke-52 permainan, lontaran jarak jauh Arhan telah dimanfaatkan Elkan Baggott dengan satu tandukan, sayangnya tandukan tepat tersebut telah ditepis penjaga gol Argentina, Emi Martinez.

Walaupun hanya bermain selama 45 minit, pemain berusia 21 tahun itu dilihat tidak kekok beraksi menentang pasukan yang berada di ranking pertama dunia. Beliau kini telah mencatat sebanyak 31 kaps bersama skuad kebangsaan Indonesia.

Advertisements

Dua jaringan Argentina pada minit ke-38 permainan menerusi Leandro Paredes dan Cristian Romera pada minit ke-55 permainan menjadi pemisah kepada aksi persahabatan malam semalam. Argentina berjaya menewaskan Indonesia dengan keputusan 2-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram