Dunia
Odisha FC
Advertisements

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi sah pulang ke pangkuan kelab selepas menamatkan tempoh pinjamannya baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh kelabnya iaitu Odisha FC, pemain tengah berusia 30 tahun itu bakal kembali memperkuat pasukan Harimau Selatan menjelang musim baharu.

Beliau dilaporkan memberi impak yang cukup besar kepada pasukan itu selepas menjadi antara pemain tunjang untuk menjana daya kreativiti Odisha FC di atas padang.

Advertisements

Semasa tempoh pinjamannya di sana, pemain yang mesra disapa Matdon ini mencatatkan purata penialaian sebanyak 6.52 bagi setiap perlawanan termasuklah ketika beraksi  cemerlang ATK Mohun Bagan FC.

Secara keseluruhannya, beliau telah pun beraksi sebanyak 16 perlawanan di sana sekaligus membuka ruang buatnya untuk kembali menemui prestasi terbaiknya.

Beliau sebelum ini terpaksa akur dengan keputusan pan-gon yang tidak membawanya untuk beraksi di pentas Kelayakan Piala Asia.

Advertisements

Oleh yang demikian, bekas bintang Kedah ini sudah pasti mahu mencari jalan terbaik dalam menentukan hala tuju kariernya selepas ini.

Beliau juga ada memuat naik satu hantaran di Instagramnya seakan sedang bertteka-teki mengenai masa depannya ketika ini sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Matdon IG Liridon Krasniqi Sah Kembali Ke Pangkuan JDT
Instagram: Liridon Ktasniqi
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram