Transfer
JST
Advertisements

Selepas menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada penghujung 2019, Liridon Krasniqi akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada juara Liga Super 10 tahun berturut-turut itu.

Dalam satu muatnaik di laman instagram story, Liridon Krasniqi yang juga merupakan pemain naturalisasi kedua negara telah mengungkapkan ucapan penghargaan kepada JDT khususnya kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran TMJ.

“Masa saya bersama JDT sudah pun berakhir. Terima kasih kepada @officialjohor (JDT) dan @hrhcrownprinceofjohor (TMJ) atas segalanya. Saya mengucapkan semoga berjaya pada masa depan,” coret Liridon di instagram story beliau.

Advertisements
matdon jdt Liridon Krasniqi Ungkap Penghargaan Kepada JDT & TMJ
Ucapan Liridon kepada JDT dan TMJ.

Bersama JDT, Liridon hanya sempat beraksi dalam tiga perlawanan sahaja iaitu pada awal musim 2020. Dan selepas itu, Liridon dipinjamkan ke beberapa kelab seperti Odisha FC di India, Newcastle Jets di Australia, Khon Kaen United di Thailand dan terkini, Terengganu FC.

Kini, Liridon masih bersama Terengganu dan dikhabarkan gergasi pantai timur itu berminat untuk mendapatkan khidmat Terengganu secara kekal.

Melalui satu laporan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Liridon kini tidak lagi memegang status pemain pinjaman JDT dan dikatakan boleh beraksi di pentas akhir Piala Malaysia Jumaat ini dengan menyarung jersi Terengganu untuk berdepan JDT.

Advertisements

Namun sehingga kini, masih tiada pengesahan daripada jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengenai status sebenar Liridon Krasniqi.

Liridon telah menunjukkan aksi terbaik bersama Terengganu untuk musim ini. Setakat ini, Liridon telah beraksi dalam 23 perlawanan untuk Terengganu dalam kesemua pertandingan domestik dan berjaya meledak dua gol dan turut memnyumbang dua bantuan gol.

Jika Liridon berjaya meneruskan aksi konsisten bersama Terengganu, tidak mustahil, nama beliau kembali tersenarai dalam skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon untuk dibawa ke Piala Asia Januari depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram