Dunia
Advertisements

Liridon Krasniqi sekali lagi tersenarai dalam skuad penuh untuk menghadapi Perth Glory.

Kedua-dua pasukan dilihat mempunyai kekuatan seimbang untuk mendapatkan 3 mata penuh atau sekurang-kurang dengan keputusan seri memandangkan Perth Glory dan Newcastle Jets kini menghuni tangga ke-10 dan ke-11 liga (A-League).

Dalam sesi latihan terbaru pasukan, jurulatih Newcastle Jets, Craig Deans kelihatan masih belum meletakkan Liridon bersama pemain pasukan utama semasa sesi latihan sebaliknya hanya sekadar ‘sparring partner’ sekaligus menguatkan andaian bahawa Liridon perlu memanaskan bangku simpanan terlebih dahulu.

Advertisements

“Ini adalah peluang buat pemain yang terpilih untuk membuktikan kepada saya mereka layak terpilih sejak dari awal lagi.” Jelas Craigs Dean.

liridon krasniqi newcastlet jets Liridon Tersenarai Dalam Skuad Menentang Perth Glory
Liridon semasa sesi latihan pada 25 Mac 2021. Gambar oleh NewcastleJetsFC.com.au

Sekiranya Liridon diturunkan sekurang-kurangnya pada separuh masa ke-2 perlawanan, ini bermaksud Liridon telahpun beraksi sebanyak 3 kali berturut-turut dalam saingan A-League bersama Newcastle Jets.

Dalam dua perlawanan sebelum ini Liridon berjaya mengimbangi bahagian tengah dan bawah pasukan Newcastle Jets yang kelihatan agak lemah bertahan sekaligus memberikan harapan terhadap pemulihan kecerdesan pemain Malaysia ini.

Advertisements

Perlawanan Newcastle Jets dan Perth Glory bakal berlangsung jam 6.20 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu 27 Mac 2021.

Senarai penuh pemain Newcastle Jets menentang Perth Glory:

1.Lewis ITALIANO (gk), 3.Jason HOFFMAN, 6.Steven UGARKOVIC, 8.Liridon KRASNIQI, 9.Roy O’DONOVAN, 11.Ramy NAJJARINE, 14.Ali ABBAS, 15.Tete YENGI, 16.Matt MILLAR, 17.Valentino YUEL, 19.Kosta PETRATOS, 21.Luka PRŠO, 22.Lachlan JACKSON, 23.Jack DUNCAN (gk), 24.Connor O’TOOLE, 28.Blake ARCHBOLD, 32.Angus THURGATE, 33.Apostolos STAMATELOPOULOS, 44.Nikolai TOPOR-STANLEY (c), 51.Jordan LENNON

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram