Statistik Buktikan Lisandro Martinez Jauh ‘Kalahkan’ Van Dijk
Dunia
ESPN
Advertisements

Pertahanan baharu Manchester United, Lisandro Martinez membuktikan beliau sudah pun bersedia untuk menggegar EPL apabila menjadi watak penting buat pasukan ketika ini.

Bekas bintang Ajax itu dibawa masuk oleh mantan jurulatih beliau di sana iaitu Erik Ten Hag bagi memantapkan lagi barisan pertahanan The Red Devils.

Martinez jelas mampu menyesuaikan diri dengan begitu cepat di liga baharu apabila beliau sudah pun mengisi kesebelasan utama United sejak ketibaannya awal musim ini.

Advertisements

Malah, statistik turut membuktikan aksi kerasnya di atas padang telah pun mengalahkan kehandalan pertahanan kental Liverpool, Virgil Van Dijk.

Sungguhpun turun dengan minit permainan yang kurang berbanding pemain kebangsaan Belanda tersebut, Martinez menang kesemua perbandingan statistik terhadap Van Dijk.

Sepajang 315 beraksi musim ini, beliau mencatatkan peratusan lebih tinggi bagi perebutan bola ‘duel’ yang berjaya dilakukan iaitu sebanyak 83% berbanding Van Dijk dengan hanya 81%.

Advertisements

Selain itu, pemain kebangsaan Argentina ini menang lebih banyak pertarungan bola di darat dan juga mencatatkan pengeluaran bola dari zon bahaya dengan lebih baik iaitu  sebanyak 21 kali.

 Sungguhpun bertubuh kecil, beliau gelah pun melakukan lebih banyak pintasan bola (8) dan juga hadangan (5) sekaligus mengalahkan apa yang mampu dilakukan Van Dijk ketika ini.

United sedang menikmati kebangkitan cemerlang apabila telah pun mencatatkan 3 kemenangan berturut-turut musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram