Tonton aksi Al-Ahli vs JDT dalam perlawanan suku akhir AFC Champions League Elite (ACLE) secara langsung dari Jeddah hari ini.
Pertemuan yang dinantikan ramai antara Al-Ahli vs JDT akan menjadi realiti malam ini ketika skuad Harimau Selatan mahu turun dengan impian meneruskan rentetan sejarah di pentas ACLE.
Walaupun berdepan misi mencabar, JDT selaku wakil tunggal negara pastinya tidak ingin pulang begitu sahaja, ketika mana perancangan teliti sedang diatur oleh Xisco Munoz dan para pemain.
Lawan kali ini, Al-Ahli sudah tentu menjadi pilihan ramai bagi memenangi perlawanan ini berbekalkan status sebagai juara bertahan dan kelebihan bermain di hadapan ribuan penonton sendiri.
Malah, barisan pemain yang memperkuat Al-Ahli kini bukan calang-calang hebatnya dengan nama-nama seperti Riyad Mahrez, Edouard Mendy, Ivan Toney, dan Roger Ibanez pasti menjadi tumpuan.
Xisco Munoz dalam kenyataannya bagaimanapun enggan menjadikan status dan barisan bintang yang dimiliki lawan sebagai satu halangan buat pemain JDT tampil mengikut pelan sedia ada.
“Untuk perkara pertama, kami (JDT) tidak perlu berasa takut kerana kami sudah melakukan persiapan menghadapi semua kemungkinan yang mereka boleh lakukan,” ujar Xisco Munoz.
“Kami telah lama mengikuti mereka dan tahu dengan jelas corak permainan mereka.”
Kesebelasan Utama Al-Ahli vs JDT
Info Siaran Langsung Al-Ahli vs JDT
Tarikh: 17 April 2025 (Jumaat).
Masa: 10.45 malam
Venue: King Abdullah Sport City, Jeddah, Arab Saudi.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.