Tonton aksi Brazil vs Norway dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 secara langsung dari Stadium MetLife, USA.
Pertemuan yang ditunggu-tunggu antara Brazil vs Norway bakal menjadi tumpuan dengan kedua-dua pasukan akan turun membawa misi mustahak untuk memastikan tempat ke pusingan suku akhir Piala Dunia FIFA bagi edisi 2026.
Rekod semasa menyaksikan Brazil masih belum tewas sepanjang kempen Piala Dunia kali ini dengan 3 kemenangan dan satu seri manakala Norway pula tumbang sekali ketika aksi peringkat kumpulan di tangan Perancis 4-1 sebelum ini.
Menurut jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti, pasukannya tetap memberi fokus sepenuhnya kepada semua pemain Norway, bukan tertumpu kepada kelibat Erling Haaland sahaja meskipun bintang Man City itu dikenali dengan aksi berbisanya.
“Tiada pelan anti-Haaland,” katanya seperti dilaporkan Carlo Ancelotti.
“Haaland, semua orang kenal Haaland. Saya tak perlu nak jelaskan panjang lebar tentang beliau. Pemain pertahanan seperti Gabriel (Magalhaes) bermain lebih baik daripada saya kerana mereka banyak kali menentang beliau.
“Jadi, kita fokus membuat persiapan baik untuk perlawanan ini termasuk gaya (permainan) Haaland. Sudah pasti kita kena ingat bahawa beliau seorang penyerang yang merbahaya.”
Satu-satunya rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan ini menyaksikan Norway memperoleh kemenangan 2-1 ke atas Brazil ketika aksi peringkat kumpulan Piala Dunia 1998 sekali gus menjasikan pertembungan kali ini lebih menarik.
Kesebelasan Utama Brazil vs Norway
Info Siaran Langsung Brazil vs Norway
Tarikh: 6 Julai 2026 (Isnin)
Masa: 4 pagi waktu Malaysia.
Venue: Stadium MetLife, USA.
Siaran Langsung: Unifi TV dan RTM Klik.