Aksi timbal balik separuh akhir Piala Malaysia menyaksikan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu.
Skuad kendalian Hector Bidoglio selangkah ke pentas akhir selepas membawa pulang 4 jaringan daripada pertemuan pertama tempoh hari.
Misi besar perlu diharungi oleh Terengganu di gelanggang lawan tatkala kehilangan beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan.
JDT dan Terengganu telah bertemu kali kedua bagi aksi Liga Super tempoh hari tatkala skuad Harimau Selatan hanya melakar kemenangan tipis 1-0 di Gong Badak.
Kesebelasan Utama JDT vs Terengganu
Info Siaran Langsung JDT vs Terengganu
Tarikh: 1 Februari 2025 (Sabtu)
Masa: 5.30 Petang
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.