Live: Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026

Saluran TV & live streaming rasmi

Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 vs

Pratonton perlawanan

Tonton Kogres Luar Biasa FAM Kedua 2026 secara langsung dari sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal menentukan barisan kepimpinan baharu bagi baki penggal 2025-2029 menerusi Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 yang berlangsung hari ini, 17 September 2026.

Kongres berkenaan dijadualkan berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya dengan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM menjadi antara agenda utama selepas senarai calon bagi beberapa jawatan telah dimuktamadkan.

Menurut FAM, seramai 23 calon disahkan bertanding bagi mengisi jawatan Presiden, Naib Presiden serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi beberapa kategori untuk baki penggal 2025-2029.

Jawatan Presiden menyaksikan persaingan dua penjuru antara Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Selain itu, tiga calon iaitu Datuk Seri Rosmadi Ismail, Mohd Firdaus Mohamed dan Syed Yazid Syed Omar akan bersaing bagi merebut satu jawatan Naib Presiden 1, manakala jawatan Naib Presiden 3 menyaksikan Datuk N. Saaran berdepan Afizal Abu Othman.

Saingan turut berlangsung bagi tiga kerusi Exco kategori FA yang membabitkan tujuh calon, selain lima calon yang merebut dua kerusi Exco kategori FC. Dua lagi kategori turut menyaksikan persaingan bagi satu kerusi masing-masing melibatkan kategori profesional dan wanita.

Pemilihan kali ini turut berlangsung selepas FAM meluluskan perubahan terhadap statut badan induk berkenaan pada Jun lalu, termasuk struktur baharu Jawatankuasa Eksekutif yang lebih kecil dengan 11 anggota. Perubahan tersebut menjadi sebahagian daripada usaha memperkemas tadbir urus FAM.

Kongres kali ini juga hadir dalam tempoh penting buat bola sepak Malaysia apabila FAM memasuki fasa baharu selepas barisan kepimpinan terdahulu meletakkan jawatan pada Januari 2026 susulan perkembangan kes melibatkan tujuh pemain warisan dan tindakan badan bola sepak antarabangsa.

Selain menentukan siapa yang akan menerajui FAM, pemilihan ini turut akan menentukan barisan Exco yang akan membantu mengurus badan induk bola sepak negara sehingga tamat penggal 2025-2029.

Dengan 23 calon bersaing untuk beberapa jawatan utama, perhatian hari ini pastinya terarah kepada keputusan pemilihan Presiden selain pembentukan barisan Exco yang bakal menggalas tanggungjawab mengurus hala tuju bola sepak Malaysia dalam tempoh akan datang.

Berita berkaitan