Aksi pertama Kumpulan B ASEAN Championship 2024 bakal menemukan Myanmar dan Indonesia.
Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong melihat aksi ini penting untuk mendapatkan tiga mata pertama dalam saingan berprestij di Asia Tenggara itu.
Meskipun cabaran ini bukan mudah buat Indonesia kerana menurunkan ramai pemain muda, Tae-yong percaya dengan kemampuan anak buahnya.
“Kita akan melawan skuad kebangsaan pada tahap senior, pastinya ini akan (jadi cabaran) berat bagi kita. Tetapi (kita) akan mempersiapkan pasukan ini dengan baik, dengan latihan organisasi yang tersusun.
“Kemungkinan besar, kami punya peluang untuk mencapai final,” kata bekas jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan itu kepada Bola.net.
Jurulatih Myanmar, Myo Hlaing Win melihat matlamat utama pasukannya untuk aksi pertama Kumpulan B ialah mendapatkan mata bila menentang Indonesia.
“Dalam kumpulan kami, kami akan bermain empat perlawanan. Perlawanan pertama melawan Timnas Indonesia dan sasaran minimum kami adalah mendapatkan satu mata.
“Jika tuah berpihak pada kami, kami bisa meraih kemenangan dan mendapatkan tiga mata,” katanya dengan tegas seperti dilaporkan MakanBola Indonesia.
Kesebelasan Utama Myanmar vs Indonesia
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Myanmar vs Indonesia
Tarikh: 9 Disember 2024 (Khamis)
Masa: 8.20 Malam
Venue: Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.