Live: Penang vs JDT, Kesebelasan Utama & Siaran TV Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pertemuan antara Penang vs Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super bakal menjadi tumpuan hangat.

JDT yang sudah ditabalkan sebagai juara Liga Super musim ini dijadualkan terbang ke utara tanah air untuk aksi tertunda bertemu Penang yang kini dibimbing oleh Wan Rohaimi Wan Ismail.

Aksi di Stadium Bandaraya ini bakal menjadi tumpuan apabila JDT pastinya turun dengan misi utama menebus kekecewaan setelah tersingkir dari saingan AFC Champions League Elite minggu lalu.

Ad

Tugas berat menanti Penang yang ketika ini dilanda masalah prestasi yang tidak menentu apabila hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 6 aksi terakhir iaitu ketika menumpaskan Kelantan DN.

Ad

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah ketika aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim yang menyaksikan JDT menang besar 5 jaringan tanpa balas ke atas Penang pada 12 September lalu.

Kesebelasan Utama Penang vs JDT

Ad
Ad

Info Siaran Langsung Penang vs JDT

Tarikh: 16 Mac 2025 (Ahad).
Masa: 10 malam.
Venue: Stadium Bandaraya.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments