Tonton aksi Selangor vs JDT dalam saingan Liga Super secara langsung dari Stadium MBPJ.
Pertembungan Selangor vs JDT bakal menjadi tumpuan para penyokong setelah kedua-dua kelab ini masing-masing miliki momentum menjelang perlawanan penting di Kelana Jaya ini nanti.
JDT pastinya hadir ke Kelana Jaya dengan misi penting bagi meneruskan rentak cemerlang apabila telah merekodkan 13 kemenangan berturut-turut di pentas Liga Super setakat ini.
Sementara, tentangan sengit sudah tentunya akan diberikan oleh Selangor yang ketika ini turut berada dalam momentum terbaik selepas mengharungi 7 perlawanan tanpa kekalahan.
Kali terakhir kedua-dua pasukan gergasi ini bertemu adalah ketika perlawanan pembuka tirai Liga Super di awal musim yang menyaksikan JDT menang 3-0 selain menjulang Piala Sumbangsih.
Kesebelasan Utama Selangor vs JDT
Info Siaran Langsung Selangor vs JDT
Tarikh: 4 Januari 2025 (Ahad).
Masa: 8.15 malam.
Venue: Stadium MBPJ.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.