17 pemain Malaysia bakal berentap dalam saingan pembuka tirai tahun 2025 iaitu Malaysia Open 2025.
17 wakil negara diketuai Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik memburu gelaran juara kejohanan. Malaysia Open 2025 menawarkan hadiah terkumpul sebanyak AS$1.45 juta (RM6.5 juta).
Saingan acara perseorangan lelaki sedikit suram tanpa kelibat pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia. Zii Jia terpaksa menarik diri kerana belum pulih daripada kecederaan.
Saingan Malaysia Open 2025 lebih meriah dengan kehadiran ramai jaguh antarabangsa seperti Viktor Axelsen, Anders Antonsen, Shi Yuqi, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, An Se-young dan Liu Sheng Shu-Tan Ning.
Barisan pemain Malaysia berharap dapat menamatkan kemarau juara di Axiata Arena. Kali terakhir pemain negara meraih gelaran juara ialah tahun 2018 menerusi Datuk Lee Chong Wei.
Senarai Pemain Beraksi Di Malaysia Open
Daripada 17 pemain negara dalam saingan Malaysia Open 2025, Leong Jun Hao menjadi wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki. Goh Jin Wei turut menjadi satu-satunya wakil negara dalam acara perseorangan wanita.
Enam beregu lelaki diketuai Sze Fei-Izzuddin dan Aaron-Wooi Yik memberi cabaran dalam acara mereka. Pearly Tan-M. Thinaah pula mengetuai cabaran empat beregu wanita.
Beregu nombor lima dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mahu mengekalkan kecemerlangan mereka bersama empat lagi wakil negara.
Info Siaran Langsung Malaysia Open
Tarikh: 7-12 Januari 2025 (Selasa)
Masa: 9 Pagi
Venue: Axiata Arena, Kuala Lumpur
Siaran Langsung: Astro Badminton, TV Okey, Sukan RTM & RTM Klik
Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.