Aksi ACL Elite ketiga bakal menemukan antara Gwangju dan juga wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pasukan bimbingan Hector Bidoglio cemerlang mengharungi dua aksi pertama menentang Shanghai Port dan Shanghai Shenhua dengan mengumpul 4 mata.
Gwangju juga tidak kurang hebatnya selepas membelasah Yokohama F. Marinos dengan keputusan 7-3 sebelum menundukkan Kawasaki Frontale dengan jaringan 1-0.
Pertemuan di tempat lawan ini bakal menentukan perjalanan skuad Harimau Selatan yang masih belum tewas dalam mana-mana pertemuan musim ini.
Pemain bintang Gwangju, Jasir Asani menzahirkan keyakinan untuk menewaskan JDT dengan persiapan sudah pun diatur rapi dalam sesi latihan.
“Dalam sesi latihan lepas, kami memberi tumpuan untuk memperbaiki keadaan kami. Kami bersedia dengan keazaman untuk memenangi perlawanan menentang Johor tanpa syarat.
Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio mahu anak buahnya kekal fokus bag mendapatkan keputusan terbaik di bumi Korea Selatan.
“Kita tahu Gwangju, kita tahu mereka pasukan yang hebat. Mereka suka mengawal bola dan bermain di kawasan pihak lawan.
“Tapi yang paling penting ialah fokus terhadap kita sendiri. Pasukan kita suka mengawal bola dan kita memiliki para pemain yang bagus.
Kesebelasan Utama Gwangju vs JDT
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Gwangju vs JDT
Tarikh: 22 Oktober 2024 (Selasa)
Masa: 6 Petang
Venue: Stadium Yongin Mireu, Korea.
Siaran Langsung: Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.