Liverpool Terciduk Di Tangan Bayern
EPL
FC Bayern Munich
Advertisements

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pastinya akan bimbang dengan kerapuhan benteng pertahanan pasukan itu. Ini selepas The Reds tewas tipis 4-3 kepada Bayern Munich dalam aksi pra-musim di Singapura semalam.

Penyerang Belanda, Cody Gakpo membuka tirai jaringan buat kelab Merseyside itu menerusi rembatan kencang pada minit kedua. Kapten baru Liverpool, Virgil van Dijk menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-28.

Begitupun, perubahan taktikal Klopp yang menyaksikan Trent Alexander-Arnold beroperasi di bahagian tengah bila menyerang memakan diri.

Advertisements

Ini mengakibatkan kelompangan pada posisi bek kanan yang mudah dimanfaatkan Serge Gnabry dan Leroy Sane untuk dua gol Bayern pada minit ke-33 dan ke-42.

Bersambung pada babak kedua, Luis Diaz kembali meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-66. Bagaimanapun, Die Roten memastikan kemenangan berpihak kepada mereka menerusi gol Josip Stanicic (minit ke-80) dan Frans Kratzig (minit ke-91).

Sudahlah tewas, Klopp juga merasa cemas apabila pemain tengah baru mereka, Alexis MacAllister terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan lutut.

Advertisements

Dengan perlawanan pertama EPL mereka bakal bermula dalam tempoh 10 hari lagi, ini sesuatu yang mahu dielak pengurus Jerman itu.

Di media sosial, ramai penyokong The Reds merasa tidak berpuas hati dengan kerapuhan pertahanan pasukan mereka.

Daily Mail melaporkan Joel Matip dan Joe Gomez menjadi sasaran kemarahan mereka dengan ada yang mencadangkan kedua-duanya dijual bagi mendapatkan bek tengah baru.

Advertisements

Selepas ini, Liverpool bakal berdepan Darmstadt pada 8 Ogos sebelum memulakan kempen EPL di Stamford Bridge pada 13 Ogos menentang Chelsea.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram