Bekas penyerang Arsenal, Lukas Podolski masih aktif bermain bola sepak pada usia 38 tahun, tetapi memperoleh kekayaan melebihi RM1 bilion di luar padang.
Peledak kelahiran Jerman itu giat bermain bola sepak pada penghujung kariernya dan pada masa sama mempunyai beberapa bentuk perniagaan lain.
Dikenali sebagai pemain yang lincah dan pantas di atas padang, beliau merekodkan 49 gol untuk pasukan kebangsaannya, bekas penyerang Bayern Munich kini menghampiri penghujung kariernya lalu mula berjinak menceburi bidang lain dalam kehidupannya.
Beliau kini masih menjaringkan gol untuk Gornik Zabrze dalam liga utama Poland, tetapi dalam masa sama berusaha keras untuk terus mengembangkan perniagaanya termasuk jenama aiskrim, kejohanan bola sepak dan muzik.
Walau bagaimanapun, tiada satu pun daripada perniagaan itu menjadi kebanggaan dan kegembiraan Podolski, kerana sebenarnya rantaian makanan kebabnya yang membawa keuntungan terbesar.
Pemain Jerman itu telah menyaksikan nilai bersih kekayaanya meningkat kepada £177.5 juta (RM1,060 Bilion) disebabkan kejayaan perniagaanya.
Nilai terbesar daripada usaha niaga ini ialah nilai pasaran perniagaan kedai kebab Mangal Doner, yang pada mulanya dibuka di wilayah Cologne, Belgium.
Kini, bisnes itu melebarkan sayapnya apabila terdapat 30 cawangan di Jerman keistimewaan Mangal Doner ialah ‘Podolski Sadwich’, yang disertakan dengan timbunan daging dan salad. Ia berharga £6.77 (RM40.44) seketul.
Bekas penyerang Arsenal itu menyatakan bahawa dia merasakan kualiti makanannya lebih baik daripada restoran lain yang beroperasi dalam industri makanan yang sama.
Kerjaya bola sepak Podolski dengan jumlah kontrak besar di kelab elit seperti Arsenal dan Bayern Munich telah menyumbang kepada modal awal perniagaanya.
Pemain berusia 38 tahun itu mempunyai beberapa kontrak yang sangat lumayan dalam kariernya selama 20 tahun dan wajar dicontohi pemain profesional Malaysia yang lain.