Ketua jurulatih Bola Sepak Thailand, Masatada Ishii akan terus kekal kemudi Thailand selepas pengumuman rasmi yang dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand, Madame Pang hari ini.
Memetik laporan rasmi Changsuek, Madame Pang atau Nualphan Lamsam menyatakan telah mencapai persetujuan lanjutan kontrak selama 2 tahun setengah Masatada Ishii.
Bekas jurulatih Buriram United itu dilaporkan juga akan menjadi penasihat skuad kebangsaan Thailand bawah 23 tahun. Ia untuk memastikan corak permainan skuad muda dan senior dalam haluan yang sama.
Madame Pang antara orang yang memberi idea bahwa skuad Sang Gajah memerlukan kepakara jurulatih dari Jepun.
Prestasi cemerlang yang ditampilkan skuad kebangsaan Thailand dalam aksi Piala Asia baru-baru ini antara sebab utama khidmat Masatada Ishii terus ditagih. Thailand berjaya layak ke pusingan ke-16 dalam saingan Piala Asia sekaligus mencipta sejarah negara.
Selepas ini, tugas getir buat bekas jurulatih Kashima Antlers ini apabila akan membawa cabaran dalam saingan kelayakan Piala Dunia pusingan kedua menentang Korea Selatan pada 21 Mac ini.