Magis Wan Rohaimi Pacu PDRM, Kini 7 Perlawanan Tanpa Kalah
Liga Premier
PDRM FC
Advertisements

PDRM FC sebelum ini gagal memungut sebarang mata untuk 3 perlawanan pertama mereka dalam saingan Liga Premier. PDRM memulakan liga dengan kekalahan besar 0-3 kepada Selangor 2 dan meneruskan aksi longlai dengan kekalahan 0-2 kepada Kelantan United .

Selepas aksi yang kurang memberangsangkan, pihak pengurusan mengambil keputusan drastik untuk mendapatkan khidmat Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai Ketua Jurulatih PDRM. Pada ketika itu PDRM berada pada kedudukan ke-9 dari 11 pasukan yang bertanding.

Wan Rohaimi mempunyai pengalaman 10 tahun dalam pembangunan pemain muda apabila beliau menjadi jurulatih di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang diketuai oleh Lim Teong Kim sebagai Pengarah Projek.

Advertisements

Ketika baru dilantik, beliau ada memberitahu kepada media bahawa beliau cukup yakin dengan kebolehan diri beliau sendiri dan beliau akui banyak kerja yang perlu dilakukan untuk membimbing PDRM mengaharungi liga musim ini.

“Selama saya berada dalam bidang kejurulatihan 10 tahun, saya yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk membina pemain daripada biasa-biasa kepada luar biasa dan juga pasukan biasa-biasa kepada luar biasa,”

“Banyak kerja perlu saya buat iaitu memperbetulkan pasukan dari titik A hingga Z serta menukar cara pemikiran pemain. Insya-Allah, di penghujung tahun, dengan sokongan padu pengurusan kita boleh tengok di mana pasukan PDRM FC akan berada,” tambah Wan Rohaimi kepada Harian Metro.

Advertisements

Selepas mengambil alih tugas jurulatih pasukan PDRM, rekod Wan Rohaimi ternyata boleh dibanggakan apabila berjaya mencatat 6 kemenangan,4 keputusan seri dan hanya 2 kekalahan iaitu kepada Negeri Sembilan dan JDT 2 yang ternyata memiliki pemain yang lebih berkualiti

Melalui tinjauan di laman instagram Wan Rohaimi, beliau ada mengeluarkan buku-buku  yang berkisar mengenai bidang kejurulatihan. Antara buku yang dikeluarkan ialah buku ‘coaching process’ yang menunjukkan cara jurulatih bola sepak beroperasi. Beliau juga ada mengeluarkan buku ‘teknik asas’ yang menerangkan secara menyeluruh berkenaan teknik-teknik dalam bola sepak. Ini menandakan beliau sentiasa belajar dan mahu jurulatih lain turut sama belajar untuk menjadi jurulatih yang baik.

Dengan rekod 7 perlawanan tanpa kalah, PDRM kini berada di kedudukan ke-5 Liga Premier dan pastinya kecemerlangan itu ingin diteruskan untuk perlawanan-perlawanan seterusnya sehingga tamat musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram