Mahali Jasuli Hampiri Pasukan Lembah Klang
Transfer
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Bekas pemain Negeri Sembilan FC, Mahali Jasuli sudah membuat keputusan mengenai masa depannya bagi menghadapi musim 2024.

Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain berusia 35 tahun itu bakal membawa haluan baharu dengan kelab berstatus Liga Super menjadi pilihan beliau.

“Mahali Jasuli pilih pasukan dari Lembah Klang bagi kelangsungan karier musim ini. Yang penting pasukan berstatus liga super,” tulis Fina Nasrom di laman X beliau.

Advertisements

Namun, identiti kelab Lembah Klang itu masih tidak didedahkan lagi oleh Mahali memandangkan sesi perbincangan masih dijalankan antara kedua-dua pihak.

”Belum tandatangan dengan mana-mana pasukan, tapi dah ada perbincangan dengan pasukan di Lembah Klang,” ujar Mahali di dalam video tersebut.

”Memang perbincangan itu positif, tapi belum dimeterai dengan kontrak lagi,” tambah beliau lagi.

Advertisements

Untuk rekod, Mahali pernah menyarung jersi beberapa kelab hebat di Malaysia seperti Selangor, JDT, PKNS, PJ City dan Negeri Sembilan.

Musim lalu, Mahali beraksi bersama Negeri Sembilan dan berjaya melakukan 25 penampilan selain menjaringkan satu gol serta lima bantuan jaringan sepanjang musim.

Beliau juga merupakan antara tonggak kejayaan skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagopal ketika menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram