Mahmoud Al-Mardi Dedah Mengapa Beliau Pilih Pasukan Kedah
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pemain import baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al-Mardi sudah pasti punyai sebab tersendiri apabila membuat keputusan untuk beraksi di Malaysia bersama pasukan Kedah.

Pemain antarabangsa Jordan itu bukanlah nama yang asing dalam bola sepak di rantau Asia apabila beliau menjulang Piala AFC tahun lalu bersama bekas kelabnya, Al-Muharraq.

Mahmoud Al-Mardi menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang dapat meyakinkan beliau untuk beraksi bersama pasukan Kedah dalam menempuhi saingan Piala AFC dan baki aksi Liga Super musim ini.

Advertisements

“Saya telah mengecap kejayaan bersama bekas kelab saya dalam Piala AFC dan perasaan itu adalah luar biasa. Ia akan menjadi lebih luar biasa jika berjaya melakukannya dengan pasukan baharu,” kata Al-Mardi kepada Thestar.

“Ejen saya telah memberitahu saya banyak perkara tentang kejayaan pasukan Kedah dan juga sejarah mereka. Daripada apa yang saya diberitahu, dapat saya simpulkan mereka adalah pasukan yang kuat.

“Jurulatih (Aidil Sharin) juga adalah sebab saya menyertai Kedah. Saya bersetuju untuk berhijrah apabila dia memberitahu saya tentang rancangan dan aspirasinya untuk kerap mencabar pasukan teratas di rantau ini (rantau Asia).’’

Advertisements

Kehadiran Al-Mardi ternyata dapat memberikan lebih kreativiti di bahagian tengah dan ianya sekaligus dapat membantu mencipta banyak ruang dan peluang buat penyerang Kedah, Ronald Ngah Wanja untuk menjaringkan gol.

Kedah akan memulakan kempen Piala AFC pada 24 Jun ini dengan menentang tuan rumah, Bali United sebelum meneruskan aksi kedua pada 27 Jun menentang kelab Filipina, Kaya FC. Kedah akan menutup aksi kumpulan G dengan menentang kelab dari Kemboja, Visakha FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram