Malaysia Ada Cara ‘Bantu’ Vietnam
MakanBola
MALAYSIA NT

Vietnam berpeluang untuk menuntut ilmu daripada Malaysia menjelang aksi Piala Asia 2027 Arab Saudi.

Skuad kendalian Kim Sang-sik muncul juara Kumpulan F, sekali gus laya ke pusingan akhir di Arab Saudi selaku salah satu daripada empat wakil Asia Tenggara.

Keputusan undian yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyaksikan Vietnam berada dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Lubnan atau Yaman.

Cabaran hebat buat jaguh Asia Tenggara ini dalam misi untuk melangkah ke pusingan kalah mati.

Vietnam bagaimanapun dijangka menjadikan aksi antara Malaysia dan Korea Selatan pada edisi Piala Asia 2023 Qatar sebagai rujukan tatkala Bintang Pahlawan Emas bakal bertemu lawan sama.

Pada edisi 2023 di Qatar, Malaysia yang dikendalikan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon mencipta kejutan apabila berjaya mengikat jaguh Asia, Korea Selatan (ke-22 dunia) dengan keputusan 3-3.

Jaringan penyamaan daripada penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales pada masa kecederaan memastikan pasukan kebangsaan menutup kempen Piala Asia 2023 dengan satu mata.

Dua lagi jaringan skuad kebangsaan dijaringkan masing-masing menerusi Faisal Halim pada minit ke-51 dan penalti oleh Arif Aiman (minit ke-62).

Vietnam bagaimanapun membawa reputasi cemerlang ke pentas Asia, menjadi pasukan kedua terbaik di Asia Tenggara (ke-99 dunia) selepas Thailand di tangga 93 dunia.