Malaysia berpotensi diperkuat dengan kehadiran seorang lagi bintang muda berprestasi tinggi yang berkaitan dengan kelab gergasi London, Chelsea FC.
Khabar ini mula bertiup kencang selepas nama beberapa pemain muda telah pun dikaitkan dengan memiliki susur galur ketururnan Malaysia.
Antara nama pemain yang turut dikaitkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia adalah tonggak kelahiran Sierra Leone, Cayden Cole.
Pemain berusia 18 tahun ini merupakan anak kepada bekas bintang ternama di Liga Perdana Inggeris (EPL), Carlton Cole.
Beliau kini beraksi buat Middlesbrough Bawah 18 tahun selepas melengkapkan perpindahan pada 25 April yang lalu daripada Hull City FC B-18.
Cayden difahamkan memiliki pertalian dengan Malaysia menerusi nenek sebelah ibunya yang berasal dari Beranang, Selangor.
Bapanya sebelum ini juga mengesahkan bahawa perpindahan untuk beraksi di Indonesia pada tahun 2017 adalah kerana mahu lebih dekat dengan Malaysia iaitu negara kelahiran Isterinya.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung status Cayden Cole daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkenaan kelayakannnya untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.