“Malaysia Akan Sentiasa Di Hati Kami” – Pau Marti
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menitip pesanan yang menyentuh hati apabila meninggalkan Malaysia pada Selasa.

Sebelum ini, Pau Marti diberi tugas penting bagi mengemudi pasukan negara setelah Kim Pan-gon mengambil keputusan untuk kembali ke Korea Selatan pada Julai 2024 yang lalu.

Ad

Sungguhpun begitu, jodoh Pau Marti dan Malaysia tidak lama apabila pengendali dari Sepanyol itu umum tinggalkan skuad sebaik tugas di ASEAN Mitsubishi Electric Cup lalu berakhir.

Ad

Menerusi satu hantaran di laman media sosial, Pau Marti mengimbau kenangan membantu Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka lalu yang dianggap detik manis bersama negara.

“Detik yang tak akan dilupakan bersama skuad kebangsaan Malaysia,” tulis Pau Marti beserta sekeping gambar pasukan negara menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024.

Ad

Pau Marti menambah, beliau bersama keluarga akan sentiasa mengingati Malaysia walau di mana jua mereka berada selain memberikan sokongan berterusan meskipun dari jauh.

Ad

“Hari ini kami akan meninggalkan negara ini, tapi mulai saat ini, saya dan keluarga akan sentiasa membawa Malaysia di dalam hati kami dan akan terus menyokong pasukan dari jauh.”

Ad

Di akhir ucapan, Pau Marti mengucapkan terima kasih buat semua di atas pengalaman indah selama 3 tahun berada di Malaysia dan berharap akan berjumpa lagi di lain waktu.

“Malaysia, terima kasih di atas 3 tahun yang begitu indah. Jumpa lagi,” ujar Pau Marti di akhir perenggan.

Untuk rekod, Pau Marti telah mencatatkan 4 kemenangan, 3 keputusan seri dan 2 kekalahan dalam 9 aksi bersama skuad Harimau Malaya dengan peratusan kemenangan mencapai 44% 

Sepanjang 5 bulan Pau Marti membimbing pasukan negara, kejayaan paling manis sudah pastinya menjulang kejuaraan Pestabola Merdeka 2024 pada September yang lalu apabila menewaskan Lubnan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments