Malaysia Bakal Bertemu Pasukan Ke-3 Terbaik Asia Kurang Sebulan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Seluruh rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan pertembungan antara pasukan kebangsaan berdepan pasukan ke-3 terbaik Asia tidak lama lagi.

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon mengharungi kempen cemerlang tahun ini terutamanya selepas membenam dua lawan di Kelayakan Piala Dunia 2026.

Malaysia memperoleh tambahan +26.1 mata untuk melonjak 7 tangga ke kedudukan 130 dunia.

Advertisements

Skuad kebangsaan bagaimanapun bergelut untuk mencari lawan sekaligus menyaksikan Harimau Malaya hanya memiliki satu pasukan sebagai aksi persahabatan antarabangsa berdepan Syria.

Persiapan rapi lawan Malaysia di Piala Asia juga bakal memberi impak yang amat besar kepada Malaysia setelah Arab Saudi membuat keputusan untuk membatalkan perlawanan saat akhir.

Advertisements

Hal ini susulan jurulatih pasukan, Roberto Mancini meramalkan bahawa pasukan kendaliannya mampu bertemu Malaysia pada pusingan kalah mati.

Lawan terhebat Malaysia, Korea Selatan juga berpeluang untuk melakar kejayaan selepas berada dalam momentum terbaik selepas menang 5 aksi terakhir.

Advertisements

Ini termasuklah ketika membelasah Vietnam (6-0) dan juga Singapura (5-0) sekaligus menjadikan amarab penting buat Harimau Malaya.

Jurgen Klinsmann juga sebelum ini telah hadir ke Stadium Sultan Ibrahim untuk memantau aksi antara pasukan JDT & juga Ulsan Hyundai.

Advertisements

Malaysia dijadualkan bertemu Korea Selatan bagi aksi terakhir Kumpulan l pada 25 Januari 2024 jam 7:30 malam di Stadium Al-Janoub.

Ini menjadi ujian terhebat negara susulan Korea menghuni tangga ke-3 Asia sementara Bahrain dan Jordan di tangga ke-12 dan 13 Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram