Malaysia Dijangka Bertemu Negara Setanding Arab Saudi Demi Kim Pan-gon
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia dijangka akan mengumumkan satu lagi lawanyang setaraf dengan Arab Saudi dalam misi mempersiapkan pasukan ke Piala Asia 2023.

Harimau Malaya terpaksa menelan hakikat apabila jaguh Asia, Arab Saudi membatalkan aksi saat akhir apabila difahamkan sudah memperoleh tiga lawan yang lebih baik.

Lubnan, Hong Kong dan Palestin menjadi pilihan ketua jurulatih, Roberto Mancini tatkala bekas pengendali Itali itu berpendapat bahawa Malaysia berpeluang untuk mara ke pusingan kalah mati kejohanan berprestij tersebut.

Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan segera apabila mengumumkan bahawa skuad kendalian Kim Pan-gon akan bertemu pasukan ke-91 dunia, Syria dalam satu aksi di Qatar pada 8 Januari 2024.

Satu lagi lawan buat skuad kebangsaan bagaimanapun masih menjadi tanda tanya dengan FAM mahu mencari lawan yang setara buat Kim Pan-gon.

Advertisements

“Ini kerana, jika Arab Saudi muncul juara Kumpulan F dan Malaysia pula menjadi naib juara Kumpulan E, kedua-dua pasukan bakal bertemu di pusingan 16 terbaik pada 30 Jan, katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Menurut kenyataan oleh Setiausaha FAM, Dato Noor Azman, perlawanan persahabatan itu adalah aksi pemanas badan menjelang Piala Asia dan ia sudah lama dirancang dan dipersetujui kedua-dua pasukan sebelum ini.

Advertisements

Malaysia ketika ini berada dalam momentum cemerlang apabila meraih tambahan +26.1 mata daripada dua kemenangan di Kelayakan Piala Dunia 2026.

Harimau Malaya melonjak 7 tangga dan kini menghuni tangga ke-130 dunia berbanding 137 dunia sebelum ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram