Pasukan kebangsaan Malaysia telah dibantu oleh kekalahan negara Afrika sekaligus mencerahkan peluang untuk mara ke kelompok 120 terbaik dunia lebih awal.
Harimau Malaya mencatatkan kemenangan berdepan pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November lalu.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon memperoleh tambahan +15.49 mata FIFA untuk membawa kepada jumlah keseluruhan mata menjadi 1112.21.
Malaysia sebelum ini naik 7 tangga berdasrkan kedudukan masa-nyata FIFA namun difahamkan kini berpeluang untuk masuk ke dalam kelompok 120 terbaik dunia.
Menerusi perkongsian terbaru oleh penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Ahmad Ridzuan, Harimau Malaya kini berada di tangga ke-129 dunia susulan kekalahan beberapa negara Afrika pada perlawanan awal pagi tadi.
Kekalahan Niger kepada Tanzania menyaksikan pasukan tersebut turun dua tangga sementara Central African Republic juga tewas sekaligus menyebabkan pasukan ditolak -12.53 mata FIFA.
Keputusan ini bagaimanapun difahamkan belum muktamad susulan ada beberapa perlawanan yang belum dimainkan pada hari ini.
Malaysia berdepan misi wajib menang di Taiwan bagi menyalakan harapan pasukan untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 sambil memperbaiki kedudukan ranking FIFA negara.
Kemenangan berdepan Taiwan bakal memberikan tambahan +10.66 mata buat Malaysia dan mencerahkan peluang untuk melonjak ke kedudukan 128 dunia.