Advertising
Malaysia & Dua Negara Asia Sahkan Kemaraan Ke Thomas Cup 2024
UltraSukan
BA Malaysia

Kejayaan Malaysia mara ke separuh akhir Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024 memberikan berita gembira buat peminat badminton tanah air.

Ini selepas skuad lelaki negara berjaya melayakkan diri ke Thomas Cup 2024 melalui kuota BATC 2024 yang sedang berlangsung kini.

Melalui BATC, terdapat empat slot yang ditawarkan untuk empat negara yang menempatkan diri ke separuh akhir kejohanan ini.

Ad

Menerusi ciapan Badminton Talk, selain Malaysia, Korea Selatan dan Jepun turut berjaya meraih tiket ke Thomas Cup 2024 yang akan berlangsung di Chengdu, China pada 28 April depan.

Ad

Satu lagi negara yang berjaya layak ialah China, namun disebabkan negara Tembok Besar itu sudah mengesahkan tempat selaku tuan rumah kejohanan, slot itu diberikan kepada negara jiran, Indonesia.

Ad
Ad

Indonesia diberikan tiket selaku pasukan Asia dengan ranking tertinggi iaitu di tempat keempat menurut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Ad

Skuad badminton lelaki negara beraksi cemerlang menundukkan Singapura 3-1 di suku akhir pada Jumaat untuk mara ke peringkat separuh akhir esok.

Malaysia selaku juara bertahan BATC akan turun berdepan Jepun pada Sabtu selepas negara matahari terbit itu menumbangkan juara Thomas Cup 2022, India 3-2 dalam aksi penuh sengit.