Kem Malaysia melakar sejarah baharu dalam saingan All England 2026 yang akan membuka tirainya pada Selasa.
Ini kerana kejohanan kali ini menyaksikan lapan beregu lelaki negara bertanding. Ini juga satu rekod baru bagi mana-mana negara yang bertanding dalam kejohanan dalam era BWF World Tour dan Super Series.
Fakta ini dikongsikan Shuttledore menerusi satu hantaran di X baru-baru ini.
Cabaran beregu lelaki negara diketuai bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bekas beregu nombor satu dunia, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.
Arif Junaidi-Yap Roy King, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, Haikal Nazri-Choong Hon Jian, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Aaron Tai-Kang Khai Xing melengkapkan senarai beregu negara.
Lapan beregu negara diharap dapat mengakhiri kemarau kejuaraan Malaysia dalam sektor beregu lelaki.
Kali terakhir Malaysia meraih kejuaraan dalam sektor berkenaan menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2007.