Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjadi satu-satunya wakil negara yang mara ke peringkat separuh akhir Malaysia Open 2026.
Kejayaan itu dicapai dengan menyingkirkan wakil Indonesia, Sabar Kayaman Gutawan dan Reza Pahlevi Isfahani.
Malaysia membuka cabaran di peringkat suku akhir menerusi juara dunia beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Tang Jie-Ee Wei memberi tentangan sengit sebelum terpaksa akur kepada wakil Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet. Chun Man-Ying Suet menang dengan keputusan 21-17, 17-21, 21-10.
Beregu lelaki nombor dua negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun pula masuk ke gelanggang untuk memburu slot ke separuh akhir.
Malangnya, kemaraan mereka disekat pilihan utama kejohanan dari Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae. Won-ho-Seung-jae menang dengan keputusan 21-17, 21-14.
Lantas, harapan Malaysia di peringkat separuh akhir kini digalas Aaron-Wooi Yik. Bekas juara dunia itu memastikan kemenangan milik mereka dengan menewaskan Sabar-Reza dengan keputusan 21-10.
Kemenangan ini juga cukup manis kerana mereka berjaya menewaskan wakil Indonesia itu selepas tewas dalam tiga aksi terakhir mereka.
Aaron-Wooi Yik akan menentang satu lagi wakil Indonesia, Fajar Alfian-Shohibul Fikri di peringkat separuh akhir.